Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peru umum Presiden Mexico Claudia Sheinbaum sebagai persona non grata

    MEXICO CITY, 7 NOV – Kongres Peru mengundi untuk mengisytiharkan Presiden Mexico Claudia Sheinbaum sebagai persona non grata selepas mendakwa beliau mencampuri urusan dalaman negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    “Kongres Republik meluluskan pengisytiharan Presiden Mexico Claudia Sheinbaum sebagai persona non grata kerana campur tangan beliau yang tidak boleh diterima dalam urusan dalaman Peru,” menurut kenyataan parlimen itu di platform X.

    Hubungan antara kedua-dua negara kembali tegang baru-baru ini selepas pihak berkuasa Mexico memberi suaka politik kepada bekas Perdana Menteri Peru, Betssy Chavez, yang didakwa cuba melakukan rampasan kuasa pada 2022.

    Sebagai tindak balas, Kerajaan Peru pada 3 November mengumumkan pemutusan hubungan diplomatik dengan Mexico City dan mengarahkan Kuasa Usaha Mexico Karla Ornelas, meninggalkan negara itu.

    Kerajaan Mexico pula menyatakan rasa kesal yang mendalam dan membantah keras keputusan Peru, sambil menegaskan bahawa pemberian suaka adalah selaras sepenuhnya dengan undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dianggap sebagai tindakan tidak menyenangkan.

    Hubungan kedua-dua negara itu mula merosot pada 2023 selepas Presiden Peru Pedro Castillo ketika itu digulingkan melalui proses pemecatan.

    Ketika itu, Mexico enggan menyerahkan jawatan Presiden Perikatan Pasifik kepada pengganti Castillo, Dina Boluarte, dengan alasan kerajaan beliau tidak sah. – Bernama

    Claudia Sheinbaum melambai kepada penyokong semasa perhimpunan di Dataran Zocalo di Bandar Raya Mexico pada 5 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda