SAINT LOUIS, Senegal – Gema bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari sekolah agama di Saint-Louis Senegal memang telah menjadi satu kebiasaan, namun hanya beberapa meter di bawah kelas-kelas pantai itu, beberapa bangunan telah dibiarkan kosong oleh kerana hanyut yang disebabkan oleh kemusnahan perubahan iklim.
Telah disenaraikan pada tahun 2000 sebagai sebuah tapak warisan dunia UNESCO, Saint Louis kini mengalami kemusnahan, dan tanpa adanya campur tangan dengan segera, kawasan sejarah kolonial berusia 300 tahun itu boleh sahaja musnah dan pupus.
Bangunan-bangunan indah yang di jalan-jalan di bandar itu, yang pernah dikenali sebagai ‘Venice Afrika’, kebanyakannya telah mengalami kerosakan. Ada yang runtuh akibat ombak Lautan Atlantik.
“Ianya sungguh dramatik dan ia boleh menjadi sangat serius,” kata Menteri Luar Negeri Perancis, Jean-Yves Le Drian semasa lawatannya ke sana baru-baru ini, yang mana pernah menjadi ibu kota Senegal, dan juga syarikat penerbangan pertama Perancis yang menubuhkan kedainya pada tahun 1659.
Di atas jalur berpasir yang memisahkan Sungai Senegal dari lautan, kesan daripada kenaikan paras laut yang didorong oleh perubahan iklim adalah sangat jelas.
Sekolah Abdoulaye Mben Khali telah dipaksa memindahkan kumpulan tahun lapannya ke tempat lain, Cheikh Ndar, hanya 50 meter jauhnya di pinggir laut dan juga berada di bawah ancaman gelombang, jelas gabenor Saint Louis, Mariama Traore.
Sementara itu, lebih daripada 150 keluarga telah kehilangan rumah mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa daripadanya berlaku ketika musim hujan di Senegal pada bulan September. Mereka kini tinggal di khemah-khemah berhampiran dengan lapangan terbang kecil di bandar ini.
Presiden Senegal, Macky Sall, telah menghadiri Persidangan Perubahan Iklim PBB baru-baru ini di Bonn, Jerman, di mana negara-negara membangun dan negara ekonomi terbesar dunia mengulangi seruan lamanya dan menghormati perjanjian dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan juga pembakaran bahan api fosil mereka.
Baru-baru ini, Syria telah menjadi negara ke-196 yang secara rasmi menerima pakai Perjanjian Paris, ditandatangani pada tahun 2016, meninggalkan Amerika Syarikat sebagai satu-satunya negara dalam konvensyen iklim PBB itu yang menolaknya.
Penglibatan negara-negara dunia pada Perjanjian Paris adalah untuk mengehadkan pemanasan global di bawah dua darjah Celsius (3.6 darjah Fahrenheit) ke atas peringkat Revolusi Perindustrian, dan 1.5 C jika boleh, untuk mengelakkan sebarang bencana yang disebabkan oleh perubahan iklim, kemarau dan paras laut yang meningkat.


Jauh dari koridor diplomasi antarabangsa, Bank Dunia sedang menjalankan kajian terhadap bandar raya itu dan usahanya terhadap perubahan iklim atas perintah pihak berkuasa Senegal.
“Saya harap kesimpulan daripada kajian itu akan segera dicapai kerana kita mesti membuat pelan tindakan,” kata Le Drian dari Perancis ketika melawat kawasan yang terjejas di bandar itu.
Sementara itu, kerja-kerja penyelenggaraan akan bermula pada jarak dekat sepanjang 3.6 kilometer (2.2 batu) untuk melindungi kawasan kejiranan yang mempunyai ramai penduduk di bandar ini. Simbol-simbol kolonial Perancis di Senegal, yang berakhir dengan kemerdekaannya pada tahun 1960, telah mencipta perdebatan yang serius.
Sebuah arca gangsa Louis Faidherbe, gabenor Senegal antara tahun 1854-1861 dan kemudian tahun 1863-1865, telah jatuh dari tempatnya di dataran bandar itu semasa ribut September melanda.
Tetapi pihak berkuasa Senegal akhirnya memutuskan arca tersebut dikira sebagai satu warisan. Oleh itu ia perlu dilindungi.
Dataran Faidherbe telah dihidupkan semula yang mana sepatutnya diubah suai pada harga 24.5 juta euro (AS$29 juta) oleh agensi pembangunan Perancis, walaupun kelulusannya pada tahun 2011 masih belum dimulakan. – AFP