Wednesday, May 14, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perubahan iklim jejas kehidupan beruang kutub

    MOSCOW – Sebuah kapal pelayaran, sarat dengan pelancong asing, berada di timur laut utara Artik Rusia, menyangka mereka berada di hamparan ais di pesisir, sebelum terkejut apabila mengetahui bahawa ianya adalah 200 ekor beruang kutub yang berlegar di lereng gunung.

    “Ia adalah suatu keadaan yang sungguh unik,” kata Alexander Gruzdev, pengarah rizab alam semula jadi Pulau Wrangel apabila pertemuan itu berlaku pada bulan September lalu. “Kami semua terpaku melihatnya, secara jujurnya.”

    Beruang itu muncul semasa memakan karkas seekor ikan paus yang terdampar di pantai, kemudian berehat di sekeliling sumber makanan itu, kata Gruzdev kepada AFP.

    Perubahan iklim bermakna ais, rumah kepada beruang kutub, telah mencair pada awal tahun ini. Oleh itu, ia perlu menghabiskan masanya di kawasan daratan, kata ahli saintis.

    Para pelancong mungkin mengaguminya, namun ini bermakna beruang-beruang tersebut, akan berada di kawasan pantai dan pulau lebih lama, dan akhirnya menghadapi persaingan untuk mendapatkan makanan di kawasan daratan. Penduduk tempatan juga menghadapi risiko apabila haiwan-haiwan yang kelaparan memasuki kawasan kampung di sana.

    Pulau Wrangel, di luar pantai Chukotka Rusia, adalah di mana beruang kutub berehat selepas ais mencair pada awal bulan Ogos hingga November lalu, di mana ia akan meninggalkan daratan untuk memburu anjing laut.

    Ia juga dianggap sebagai pusat kelahiran bagi spesies itu, yang mempunyai kepadatan kelahiran tertinggi di seluruh Artik, kata Gruzdev.

    “Ikan paus adalah ‘hadiah sebenar’ bagi beruang itu,” katanya. “Ikan paus dewasa mempunyai berat beberapa puluh tan” yang mana kebanyakan beruang itu boleh memakannya selama beberapa bulan.

    Kajian menunjukkan bahawa, berbanding 20 tahun yang lalu, beruang kutub kini menghabiskan purata sebulan lebih lama di Pulau Wrangel kerana “ais sedang mencair lebih awal dan tempoh bebas-ais sudah menjadi lebih lama,” kata Eric Regehr, dari Universiti Washington, ketua saintis Amerika dalam kajian kolaboratif AS-Rusia terhadap beruang kutub di Pulau Wrangel.

    Pelancong di timur laut Artik Rusia telah melihat 200 ekor beruang kutub di lereng sebuah pergunungan pada bulan September lalu di mana kebanyakannya sedang memakan bangkai ikan paus tetapi para saintis melihatnya sebagai satu tanda perubahan di Artik. – AFP
    Kajian menunjukkan bahawa beruang kutub kini banyak menghabiskan lebih banyak daripada masanya di Pulau Wrangel, di kawasan timur Artik Rusia, berbanding 20 tahun yang lalu kerana ‘ais sedang mencair lebih awal, manakala tempoh bebas ais pula semakin panjang,’ kata ahli saintis Amerika, Eric Regehr, dari Universiti Washington. – AFP

    Perubahan keadaan ais ini juga telah membawa kepada peningkatan jumlah beruang tersebut ke sana, kata Regehr.

    Pada musim luruh lalu, bilangan beruang yang diperhatikan adalah 589 ekor, jauh melebihi daripada anggaran sebelumnya iaitu sebanyak 200-300 ekor, katanya, menyebutnya sebagai ‘anomali tertinggi’.

    Anggaran daripada Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar mendapati bahawa kira-kira 26,000 beruang kutub berada di Artik, dengan ‘potensi penurunan terbesar’ akibat daripada kehilangan ais.

    Ais adalah kunci utama. Beruang kutub memburu secara eksklusifnya di permukaan ais, dan sering mengetuk anjing laut melalui lubang pernafasannya.

    Regehr berkata penduduk beruang kutub di Laut Chukchi, yang dikongsi AS-Rusia, “kelihatan seperti produktif dan sihat” pada masa ini, namun apabila kebanyakan masanya dihabiskan di kawasan daratan terus meningkat, keadaan pemakanan dan tubuh badannya akan terjejas.

    “Persoalannya ialah pada titik berapakah populasinya mula mengalami kesan negatif itu, samaada pada satu setengah bulan (lebih banyak masa di darat daripada biasa), atau dua bulan lagi?” katanya.

    “Kami tidak tahu dengan tepat, tetapi terdapatnya ambang perubahan di suatu tempat di masa hadapan.”

    Walaupun terdapat beberapa sumber makanan di darat – termasuk musk oxen, lemmings, atau juga rumput – semuanya itu tidak dapat menandingi atau menggantikan anjing laut yang membekal tenaga dan perkembangan beruang kutub itu.

    Itu menjadikan gambar ratusan beruang kutub yang berada di sekeliling bangkai ikan paus tersebut kelihatan menarik dan juga membimbangkan, katanya.

    “Terdapat bukti bahawa ia adalah ramalan di masa depan: bilangan yang lebih besar yang akan menghabiskan lebih banyak masanya di pulau itu dan pada akhirnya tidak lagi berada di lautan ais untuk mencari mangsanya yang kini berkurangan.”

    Salah satu kesannya ialah peningkatan konflik antara beruang kutub dan juga manusia, contohnya di kawasan penempatan penduduk asli Chukchi, yang semuanya berada di kawasan pantai.

    Sejak pertengahan Oktober lalu, beruang kutub telah mendatangi dan menghampiri perkampungan Chutkotka yang dikenali sebagai Ryrkaipy, yang terletak berhampiran dengan Kozhevnikov Cape, sebuah tapak terpenting bagi perhimpunan walrus, atau haulouts, yang terletak kira-kira 200 kilometer (kira-kira 124 batu) di selatan Pulau Wrangel .

    Dengan perubahan keadaan ais, walrus-walrus ini terpaksa masuk ke kawasan yang curam yang tidak sesuai untuknya. Pada tahun ini, ratusan haiwan itu mati akibat daripada pelanggaran atau rempuhan diantara satu dengan yang lain, munkin kerana telah diganggu oleh pemangsa, kata Viktor Nikiforov, pakar beruang kutub dan penyelaras Pusat Pakar Mamalia Laut.

    Masalahnya adalah bahawa beberapa bangkai walrus telah terapung ke kampung tersebut, menarik perhatian beruang-beruang kutub. “Seekor beruang kutub telah memecahkan tingkap sebuah rumah,” kata Nikiforov.

    Kampung tersebut terus mengambil langkah berjaga-jaga, melarang kanak-kanak berjalan ke sekolah dan membatalkan beberapa acara awam, kata satu laporan. Nikiforov berkata para saintis dan penduduk tempatan telah menggunakan jentolak untuk menggerakkan bangkai walrus itu jauh dari perkampung tersebut. Dia menyuarakan kebimbangan bahawa beruang kutub itu akan menghabiskan lebih banyak masanya di daratan lantaran tempoh bebas-ais telah menjadi lebih lama.

    “Konflik antara penduduk setempat dan juga haiwan itu kian memuncak,” katanya.

    “Kita tidak boleh menghentikan perubahan iklim, tetapi kita boleh mengubah dan menyelesaikan masalah di pantai itu dan menjadikan kehidupan beruang-beruang kutub lebih mudah,” katanya, merujuk kepada langkah-langkah seperti rondaan untuk meminimumkan konflik diantara manusia dan haiwan berkenaan.

    “Dengan perubahan alam semulajadi, ianya perlu dihadapi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/