Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perubahan iklim jejas pendidikan belia Indonesia

    JAKARTA, 18 OGOS – Krisis iklim yang semakin meruncing mengganggu kehidupan dan masa depan belia Indonesia, memaksa sebahagian daripada mereka untuk berhenti bersekolah dan bekerja, serta menjejaskan kesihatan dan akses kepada makanan, menurut laporan terkini oleh NGO hak kanak-kanak, Save the Children, yang dibentangkan di pejabat The Jakarta Post awal minggu ini.

    Berdasarkan laporan itu, cuaca yang semakin tidak menentu dan ekstrem menyebabkan tanaman gagal dan mencetuskan bencana alam, mengganggu kehidupan harian kanak-kanak di kawasan luar bandar dan bandar.

    Di Jakarta, beberapa kanak-kanak turut menyatakan kesukaran untuk mendapatkan makanan berkhasiat, lebih kerap memakan mi segera berbanding sayur dan ikan kerana kualiti air yang semakin merosot akibat banjir yang kerap berlaku.

    Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) telah memberi amaran sejak April, negara tersebut akan menghadapi lebih banyak bencana hidro-meteorologi akibat perubahan iklim, termasuk banjir.

    Keadaan tersebut memaksa sebahagian kanak-kanak meninggalkan sekolah untuk membantu menyara keluarga.

    Laporan itu juga mendapati kanak-kanak perempuan menghadapi cabaran lebih besar akibat krisis iklim, dengan ramai terpaksa berkahwin awal untuk meringankan beban kewangan keluarga. – ANN/The Jakarta Post

    Gambar fail ini menunjukkan seorang kanak-kanak mencari barangan terpakai di sebuah tapak pelupusan sampah di Antang, Indonesia pada 26 Januari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda