Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perubahan iklim mungkin kurangkan bilangan satelit beroperasi di angkasa

    ANKARA, 11 MAC – Perubahan iklim sedang mengubah persekitaran angkasa berhampiran bumi dengan cara yang boleh mengehadkan bilangan satelit yang dapat beroperasi dengan selamat di orbit rendah bumi menjelang akhir abad ini, satu kajian baharu oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) memberi amaran, lapor agensi Anadolu (AA). 

    Penyelidikan yang diterbitkan kelmarin dalam majalah Nature Sustainability, mendapati bahawa pelepasan gas rumah hijau mengecutkan atmosfera atas, terutamanya termosfera, di mana Stesen Angkasa Antarabangsa dan kebanyakan satelit mengorbit.

    Apabila termosfera mengecut, udara di atmosfera atas menjadi lebih nipis, mengurangkan seretan semula jadi yang biasanya memperlahankan satelit lama dan serpihan angkasa, menyebabkan ia jatuh dan terbakar. Dengan kurang seretan, satelit yang tidak berfungsi dan sampah angkasa akan kekal di orbit lebih lama, meningkatkan risiko perlanggaran dan menjadikan orbit bumi rendah lebih sesak, kata kajian itu. Penyelidik menganggarkan bahawa menjelang 2100, kapasiti tampung kawasan orbit utama boleh menurun sebanyak 50 hingga 66 peratus jika pelepasan terus meningkat.

    Kajian itu juga menekankan keperluan untuk pengurangan pelepasan dan pengurusan berhati-hati pelancaran satelit. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda