BENGALURU, INDIA, 17 MEI – Gelombang haba yang membara di bahagian selatan Asia pada April tahun ini berkemungkinan disebabkan oleh perubahan iklim, menurut kajian oleh saintis antarabangsa yang dikeluarkan hari ini.
Suhu panas sehingga 45 darjah Celcius direkodkan di stesen pemantauan di bahagian India, Bangladesh, Thailand dan Laos bulan lepas yang luar biasa tinggi untuk sepanjang tahun.
Panas yang didorong oleh perubahan iklim menyebabkan kematian, kemasukan ke hospital yang meningkat, jalan raya rosak, mencetuskan kebakaran dan menyebabkan penutupan sekolah di rantau ini.
Kumpulan Atribusi Cuaca Dunia menggunakan model sedia ada untuk menentukan sama ada perubahan iklim memainkan peranan dalam peristiwa cuaca ekstrem.
Walaupun kajian itu sendiri belum disemak semula, yang merupakan piawaian untuk sains, ia sering diterbitkan kemudian dalam jurnal semakan rakan saintis yang lain.
Di Thailand, suhu tinggi bercampur dengan kelembapan bermakna beberapa bahagian di negara itu terasa melebihi 50 darjah Celsius.
Di India, beberapa wilayah di seluruh negara terjejas dengan 13 orang maut akibat panas di acara awam di luar ibu kota perniagaan India, Mumbai.
Negeri Bengal Barat di timur India menutup semua sekolah dan kolej selama seminggu.
Kajian mendapati bahawa suhu sekurang-kurangnya 2 darjah Celsius lebih panas di rantau ini kerana perubahan iklim. – AP


