Friday, April 11, 2025
28.5 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Perubahan iklim tambah risiko penyakit berjangkit

GENEVA, 23 NOV – Perubahan iklim akan menyaksikan lebih ramai orang terkorban menerusi penyebaran penyakit berjangkit, kata Ketua Tabung Global untuk Memerangi AIDS, Batuk Kering dan Malaria semalam.

Pengarah Eksekutif, Peter Sands berkata pada 2022, dana itu telah menyaksikan kesan perubahan iklim yang semakin memburuk ke atas kesihatan.

Sementara peningkatan kes malaria sehingga sekarang dilihat berpunca daripada ribut tropika yang semakin kerap, ‘dengan banjir di Pakistan ia telah berlaku pada skala yang amat berlainan,’ kata beliau.

Sands berkata beberapa kawasan Afrika yang sebelum ini tidak terjejas oleh malaria kini berdepan risiko apabila suhu naik dan membenarkan nyamuk membiak dengan cepat, terutamanya di kawasan beraltitud lebih tinggi.

Bagaimanapun, populasi di kawasan sedemikian tidak akan mempunyai imuniti, dengan risiko kadar kematian adalah lebih tinggi.

Ancaman lain termasuk tuberkulosis yang merebak dalam kalangan pelarian di seluruh dunia.

“Bagi penduduk di komuniti paling miskin, paling tersisih, paling terkesan di dunia, 2022 adalah tahun yang teruk,” kata Sands.

“Dalam komuniti paling miskin di dunia, HIV, TB dan malaria membunuh lebih ramai orang daripada COVID-19.” – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda