Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perubahan jadual perlawanan DPMM FC

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Dua perlawanan DPMM FC di halaman sendiri dalam Liga Perdana Singapura (SPL) telah dijadualkan semula untuk bermain di Stadium Jalan Besar di Singapura dan bukannya di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    Perlawanan DPMM FC yang sepatutnya akan berlangsung pada 27 Julai di Stadium Negara Hassanal Bolkiah telah ditukar ke Stadium Jalan Besar di Singapura.

    Manakala satu lagi perlawanan DPMM FC di tempat sendiri pada 15 September telah dijadualkan semula pada 13 September di Stadium Jalan Besar di Singapura.

    Menurut SPL, penjadualan semula dua perlawanan tersebut adalah disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka melibatkan acara kebangsaan dan keagamaan berlangsung di negara ini.

    Sementara itu, Radio Televisyen Brunei (RTB) juga tidak dapat menyiarkan perlawanan DPMM FC menentang Young Lions pada Julai dan Balestier Khalsa pada September 2024.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda