Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perubahan kementerian dan pelantikan baharu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dimaklumkan bahawa Baginda Sultan telah mengurniakan titah perintah bagi perubahan nama Kementerian Tenaga (Energy) dan Perindustrian menjadi Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.

    Sehubungan dengan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perintah bagi pelantikan beberapa orang setiausaha tetap, di Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian iaitu Haji Zolkiflee bin Haji Abdul Karim sebagai Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia).

    Turut dilantik ialah Haji Azhar bin Haji Yahya sebagai Setiausaha Tetap (Tenaga) dan Pemangku Pengawal Kastam, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan menjadi Setiausaha Tetap (Perindustrian).

    Tarikh perubahan nama kementerian dan pelantikan pegawai-pegawai kanan berkenaan akan berkuat kuasa esok, 31 Julai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda