Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perubahan nombor telefon bagi khidmat rawatan pesakit di rumah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perubahan nombor telefon bagi Perkhidmatan Perawatan Pesakit di Rumah bermula hari ini.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kementerian itu mengongsikan, bagi Daerah Brunei dan Muara, nombor telefon baharu bagi Pusat Kesihatan Berakas ialah 7450378; Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Gadong, 7450382; Pusat Kesihatan Muara, 7440140; Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong diubah kepada 7440186; Pusat Kesihatan Jubli Emas Bunut kepada 7440381; Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Sungai Asam kepada 7440198 dan Pusat Kesihatan Pengkalan Batu diubah kepada 7440215.

    Di Daerah Tutong, nombor baharu bagi Pusat Kesihatan Pekan Tutong dan Sungai Kelugos masing-masing telah diubah kepada 7440216 dan 7440230, manakala bagi Pusat Kesihatan Lamunin dan Pusat Kesihatan Telisai ialah 7445152 dan 7450380.

    Bagi Pusat Kesihatan Kuala Belait, orang ramai boleh menghubungi talian 7440048, Pusat Kesihatan Seria dan Sungai Liang masing-masing telah diubah kepada 7440057 dan 7440059.

    Bagi Pusat Kesihatan Bangar di Temburong pula orang ramai boleh menghubungi talian 7440342. Kementerian turut memaklumkan nombor-nombor telefon tersebut hanya beroperasi semasa waktu pejabat iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu kecuali hari-hari kelepasan awam dari pukul 8:30 pagi hingga 11:45 pagi dan 2 petang hingga 4 petang.

    Manakala itu, selepas waktu pejabat, Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam, bermula 2:30 petang hingga 8:30 malam, orang ramai boleh menghubungi talian 7440132 bagi pusat kesihatan di semua daerah. Kementerian itu juga mengingatkan bahawa talian telefon berkenaan adalah untuk kegunaan ahli keluarga dan penjaga pesakit yang berdaftar di bawah Perkhidmatan Perawatan Pesakit di Rumah sahaja.

    Bagi sebarang maklumat terkini, orang ramai bolehlah melayari laman web www.moh.gov.bn atau media sosial rasmi @mohbrunei atau menghubungi Talian Darussalam 123.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...