Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perubahan waktu bagi kaunter perkhidmatan darah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Kementerian Kesihatan, melalui Jabatan Perkhidmatan Makmal memaklumkan mengenai perubahan waktu perkhidmatan kaunter di Bahagian Pengambilan Darah dan Pusat Penerimaan Spesimen serta Perkhidmatan Pendermaan Darah di Pusat Pendermaan Darah dan tabung-tabung darah sepanjang bulan Ramadan yang akan bermula esok.

    Perubahan berkenaan adalah bagi Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS); Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait; Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong; dan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM), Temburong.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Kesihatan mengongsikan waktu operasi kaunter perkhidmatan di bahagian-bahagian di Jabatan Perkhidmatan Makmal pada Isnin hingga Khamis, dan Sabtu.

    Bahagian Perkhidmatan Pengambilan Darah dan Pusat Penerimaan Spesimen di Hospital RIPAS dan Hospital PIHM beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 1:30 petang.

    Sementara itu, Perkhidmatan Pengambilan Darah dan Pusat Penerimaan Spesimen di Hospital SSB dan Hospital PMMPMHAMB akan mula beroperasi pada pukul 8 pagi hingga 1:45 petang.

    Kaunter Perkhidmatan Pendermaan Darah di Hospital RIPAS, Hospital PMMPMHAMB dan Hospital PIHM pula beroperasi pada pukul 8 pagi hingga 1 petang.

    Bagi kaunter Perkhidmatan Pendermaan Darah di Hospital SSB akan mula beroperasi dari 8 pagi hingga 12:30 tengah hari.

    Kaunter-kaunter perkhidmatan ditutup pada setiap Jumaat dan Ahad serta hari-hari kelepasan awam.

    Untuk sebarang pertanyaan mengenai mana-mana perkhidmatan di Jabatan Perkhidmatan Makmal bolehlah menghubungi jabatan di talian 2242424 sambungan 6313 atau e-mel kepada laboratory@moh.gov.bn atau bloodbank@moh.gov.bn.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda