Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perubahan waktu operasi akhir tahun pejabat pos

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) memaklumkan bahawa semasa Penutupan Akaun Akhir Tahun bagi bank-bank di Negara Brunei Darussalam pada 29 Disember 2018, Cawangan Pos di Daerah Brunei dan Muara akan beroperasi seperti biasa manakala cawangan pos di Tutong, Kuala Belait dan Temburong akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

    JPP dalam kenyataan di sini, turut menyatakan bahawa penutupan Akaun Akhir Tahun juga akan dilaksanakan pada 31 Disember nanti dan waktu beroperasi bagi Perkhidmatan Kaunter Jabatan Perkhidmatan Pos di Daerah Brunei Muara akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi.

    Manakala itu, jelas kenyataan berkenaan, perkhidmatan kaunter pos di Daerah Tutong, Kuala Belait dan Temburong ditutup.

    Kenyataan menyatakan bahawa waktu perkhidmatan kaunter akan beroperasi seperti biasa pada 2 Januari 2019.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda