Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa waktu operasi bagi perkhidmatan Talian Harapan 145 akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 11 malam setiap hari mulai 17 Ogos ini.
Manakala pada waktu kelepasan awam, waktu operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya hari ini mengumumkan perubahan tersebut dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi dari perubahan waktu operasi tersebut.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.