Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perubahan waktu perkhidmatan kaunter TAP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah memaklumkan perubahan waktu perkhidmatan kaunter-kaunternya pada 11 Januari ini.

    Pada hari itu, cawangan ibu pejabat akan dibuka dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang, cawangan Kuala Belait, Tutong dan Temburong pula hanya akan dibuka pada sebelah pagi dari 8 pagi hingga 11:30 pagi sementara itu, Pusat Panggilan TAP akan beroperasi dari 8 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Manakala perkhidmatan kiosk e-info dan online e-Amanah melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn akan beroperasi seperti biasa, jelas TAP dalam kenyataannya yang dikeluarkannya.

    Menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan kaunter di Ibu Pejabat TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada 12 Januari dan bagi cawangan-cawangan TAP yang lain pula pada 13 Januari 2018.

    Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda