Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perubahan waktu perlawanan

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Pihak Urus Setia Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah bagi Belia ASEAN 2018 hari ini memaklumkan kepada orang ramai bahawa perlawanan antara Pasukan Negara Brunei Darussalam dan Myanmar di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan Pasukan Singapura dan Kemboja di Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas yang telah dijadualkan pada hari Isnin, 30 April 2018 bermula pukul 8.15 malam adalah diubah waktu perlawanannya kepada jam 9 malam bagi kedua-dua perlawanan bagi menghormati Nisfu Syaaban 1439 Hijrah yang jatuh pada petang hari Isnin malam Selasa, 30 April 2018 Masihi.

    Pintu-pintu masuk akan dibuka kepada orang ramai bermula jam 7.30 malam di kedua-dua tempat perlawanan dan orang ramai juga dimaklumkan bahawa tempat-tempat menunaikan solat ada disediakan di Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan Surau Stadium Negara Hassanal Bolkiah di mana sembahyang Fardhu Maghrib, membaca Surah Yasin dan sembahyang Fardu Isyak berjemaah akan diadakan.

    Jika Stadium Negara Hassanal Bolkiah penuh, pihak urus setia juga menyediakan skrin besar dan tempat-tempat duduk di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Orang ramai adalah di alu-alukan untuk menyaksikan perlawanan di sana.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda