Perubahan waktu ujian swab

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan mengenai perubahan waktu operasi bagi ujian swab di Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), BruHealth Helpline, BruHealth Help Desk dan Talian Nasihat Kesihatan 148.

Kenyataan menyatakan bahawa ujian swab di Kompleks Sukan, Hospital RIPAS beroperasi setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam dan ditutup pada hari kelepasan awam bermula hari ini.

BruHealth Helpline pula beroperasi Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang, Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah dan ditutup pada setiap Ahad dan hari kelepasan awam bermula 16 Julai.

Manakala itu, BruHealth Help Desk di Rimba Point Shopping Complex Mall beroperasi pada Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang, Sabtu dan Ahad dari pukul 9 pagi hingga 5 petang serta di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada Ahad dari pukul 10 pagi hingga 5 petang bermula 17 Julai.

Bagi Talian Nasihat Kesihatan 148, pada Isnin hingga Jumaat dan Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan dari pukul 1:30 petang hingga 4:30 petang serta Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari serta ditutup pada setiap Ahad dan hari kelepasan awam bermula hari ini.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan perubahan waktu operasi tersebut.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.

Gambar fail menunjukkan para pekerja ketika melakukan kerja-kerja pensanitasian di salah satu ruang di Hospital RIPAS. Kementerian Kesihatan memaklumkan perubahan waktu ujian swab di Kompleks Sukan, Hospital RIPAS, BruHealth Helpline, BruHealth Help desk dan Talian Nasihat Kesihatan 148.