Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peruntuk RM8.5 juta bagi projek tebatan banjir

    MIRI, 18 Sept – Pelaksanaan sembilan projek tebatan banjir bernilai RM8.5 juta bagi Bandaraya Miri berjalan mengikut jadual dengan enam projek telah siap manakala tiga lagi dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

    Majlis Bandaraya Miri (MBM) berkata enam projek yang siap itu melibatkan kerja menaik taraf saliran bagi Jalan Geikie/Jalan Lim Chee Hian, Jalan Kampung Luak, Jalan Krokop 10, Jalan Jee Foh 8A, Jalan Datuk Muip di Taman Piasau dan Jalan Pujut.

    “Baki tiga projek lagi dijadual siap sebelum akhir tahun ini,” jelas MBM menerusi satu kenyataan di sini hari ini, dan menambah, Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang melawat ketiga-tiga projek itu minggu lepas untuk meninjau kemajuan projek.

    MBM berkata bagi tiga projek yang sedang dalam pembinaan, kerja menaik taraf jalan dan saliran di Jalan Sibu-Miri Taman Tunku kini mencatat kemajuan kerja 50 peratus, Jalan Pujut Adong (85 peratus) dan Jalan Tanjung Batu Pujut (85 peratus).

    “Selepas pemeriksaan tapak, Datuk Bandar berpuas hati dengan kemajuan semasa dan baki projek seharusnya siap sebelum musim hujan bermula. Peruntukan RM8.5 juta adalah daripada kerajaan negeri Sarawak,” jelas kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda