Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peruntukan AS$24 bilion untuk ekonomi India

    NEW DELHI, 27 OGOS – Bank pusat India telah mengumumkan peruntukan AS$24 bilion untuk kerajaan, memberikan rangsangan yang sangat diperlukan kepada Perdana Menteri Narendra Modi ketika beliau berusaha untuk mengembangkan pertumbuhan ekonomi di negara ekonomi ketiga terbesar di Asia itu.

    Tetapi pembiayaan sebanyak itu mungkin akan menimbulkan kebimbangan baharu mengenai kebebasan Reserve Bank of India berikutan pemecatan pegawai tertinggi di tengah-tengah tuduhan terhadap campur tangan kerajaan.

    Modi telah mengalami tekanan yang dilihat semakin meningkat untuk mengembangkan sektor ekonomi, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang perlahan dalam tiga suku yang lalu dan kehilangan statusnya sebagai negara yang paling pesat berkembang sekali gus mencatatkan pengangguran paling tinggi sejak tahun 1970an.

    Sektor auto juga sangat terjejas teruk, dengan jualan kereta menjunam pada bulan Julai bagi bulan yang kesembilan, sementara perbelanjaan pengguna semakin lemah dan cukai yang tinggi.

    RBI berkata ia telah meluluskan pemindahan 1.76 trilion rupee (AS$24.4 bilion) kepada tabung kerajaan, termasuk dividen sebanyak 1.23 trilun rupee dan 526 bilion rupee dalam rizab berlebihan berikutan penerapan metodologi baharu untuk menilai risiko pasaran.

    Pengumuman kelmarin itu datang beberapa hari selepas Menteri Kewangan, Nirmala Sitharaman mengumumkan langkah-langkah untuk membantu ekonomi, termasuk membawa ke arah kecairan jangka hayat berjumlah AS$10 bilion untuk bank-bank dan melancarkan levi tambahan ke atas jualan ekuiti.

    Sujan Hajra, seorang ahli ekonomi di Anand Rathi Securities, berkata pengumuman terbaharu itu adalah ‘langkah positif’ untuk mengembangkan pertumbuhan ekonomi dan kewangan awam.

    “Seperti yang dikatakan oleh RBI, meskipun pemindahan dana ini dilakukan, India akan tetap mempunyai salah satu modalisasi terbaik bank-bank pusat di seluruh dunia dan ia tidak mencerminkan satu reputasi yang tidak baik pada sama ada kerajaan atau bank pusat,” kata Hajra kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda