BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Peruntukan tahun kewangan 2017/2018 bagi Kementerian Kesihatan telah disokong sebanyak $323,880,340 yang termasuk perbelanjaan kemajuan sejumlah $7,766,900. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dalam mukadimahnya di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, hari ini, berkata bahawa keutamaan perbelanjaan kementeriannya sepanjang tempoh 2015-2020 tertumpu pada