Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perusuh India bunuh lelaki yang dituduh perkosa budak

    NEW DELHI, 1 April – Dua orang telah ditangkap selepas sekumpulan perusuh yang marah memukul seorang lelaki hingga mati yang dituduh memperkosa budak perempuan berusia lapan tahun di pinggir bandar New Delhi, kata polis hari ini.

    Lelaki itu dikenali sebagai Jitendra telah dikerumuni oleh khalayak ramai selepas dituduh menyerang budak perempuan berkenaan di daerah Ghaziabad, kira-kira 20km dari bandar India.

    “Dia telah diheret keluar dari rumahnya dan dipukul hingga mati,” kata superintenden polis luar bandar Ghaziabad, Arvind Kumar Maurya mengenai Jitendra berusia 25 tahun.

    “Kami telah menangkap dua orang berhubung insiden tanpa hukum bicara itu. Salah seorang daripadanya adalah ahli keluarga budak berkenaan dan yang seorang adalah jirannya.”

    Polis juga masih menyiasat tentang dakwaan serangan seksual dalam soal siasat mereka, tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja