BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menjawat beberapa perutusan tahniah yang telah disembahkan kehadapan majlis Baginda daripada ketua-ketua negara dan ketua-ketua kerajaan sempena menyambut Ulang Tahun ke-33 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2017.
Ketua-ketua Negara:
1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia;
2. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Negara Arab Saudi;
3. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland;
4. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain;
5. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Preah Bat Samdech Preah Boromneath Norodom Sihamoni, Raja Kemboja;
6. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Harald V, Raja Norway;
7. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Philippe, Raja Belgium;
8. Tuan Yang Terutama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia;
9. Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam, Presiden Republik Singapura;
10. Tuan Yang Terutama Htin Kyaw, Presiden Republik Kesatuan Myanmar;
11. Tuan Yang Terutama Bounnhang Vorachith, Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos;
12. Tuan Yang Terutama Mamnoon Hussain, Presiden Republik Islam Pakistan;
13. Tuan Yang Terutama Md. Abdul Hamid, Presiden Republik Rakyat Bangladesh;
14. Tuan Yang Terutama Xi Jinping, Presiden Republik Rakyat China;
15. Tuan Yang Terutama Pranab Mukherjee, Presiden India;
16. Tuan Yang Terutama Maithripala Sirisena, Presiden Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka;
17. Tuan Yang Terutama Tsakhia Elbegdorj, Presiden Mongolia;
18. Tuan Yang Terutama Dr. Hassan Rouhani, Presiden Republik Islam Iran;
19. Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat;
20. Tuan Yang Terutama Sir Peter Cosgrove AK MC (Retd), Gabenor Jeneral Australia;
21. Tuan Yang Terutama David Johnston, Gabenor Jeneral Kanada;
22. Tuan Yang Terutama Joachim Gauck, Presiden Republik Persekutuan Jerman;
23. Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia;
24. Tuan Yang Terutama Francois Hollande, Presiden Republik Perancis;
25. Tuan Yang Terutama Sergio Mattarella, Presiden Republik Itali;
26. Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, Presiden Republik Turki;
27. Tuan Yang Terutama Alexander Van der Bellen, Presiden Federal Republik Austria;
28. Tuan Yang Terutama Rumen Radev, Presiden Republik Bulgaria;
29. Tuan Yang Terutama Petro Poroshenko, Presiden Ukraine;
30. Tuan Yang Terutama Enrique Pena Nieto, Presiden The United Mexican States;
31. Puan Yang Terutama Doris Leuthard, Presiden The Swiss Confederation;
32. Tuan Yang Terutama Shavkat Mirziyoyev, Presiden Republik Uzbekistan;
33. Tuan Yang Terutama Raul Castro Ruz, Presiden Majlis-majlis Negara dan Menteri Republik Cuba;
34. Tuan Yang Terutama Abdelaziz Bouteflika, Presiden Republik Demokratik Rakyat Algeria;
35. Tuan Yang Terutama Edgar Chagwa Lungu, Presiden Republik Zambia;
36. Tuan Yang Terutama Hwang Kyo-ahn, Pemangku Presiden Republik Korea;
Ketua-ketua Kerajaan:
37. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia;
38. Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Republik Singapura;
39. Tuan Yang Terutama Thongloun Sisoulith, Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Laos;
40. Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja;
41. Tuan Yang Terutama Muhammad Nawaz Sharif, Perdana Menteri Republik Islam Pakistan;
42. Puan Yang Terutama Sheikh Hasina, Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh;
43. Yang Berhormat Josaia Voreqa Bainimarama, Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Fiji; dan,
Lain-lain Orang Kenamaan Luar Negeri:
44. Tuan Yang Terutama Dr. Yousef A. Al-Othaimeen, Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).