Perutusan tahniah Hari Kebangsaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah berkenan menjawat beberapa perutusan tahniah yang telah disembahkan kehadapan majlis Baginda daripada ketua-ketua negara dan kerajaan sempena menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36, tahun 2020, antaranya daripada:

KETUA-KETUA NEGARA:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Kerajaan Arab Saudi; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II Ibn Al Hussein, Raja Jordan; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik, Sultan Kesultanan Oman; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Preah Bat Samdech Preah Boromneath Norodom Sihamoni, Raja Kemboja; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua, Raja Thailand; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Philippe, Raja Belgium; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Willem-Alexander R, Raja Netherlands; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Harald V, Raja Norway; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Felipe VI, Raja Sepanyol; Presiden Emiriah Arab Bersatu, His Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan; Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob; Presiden Amerika Syarikat Tuan Yang Terutama Donald J. Trump; Presiden Persekutuan Rusia Tuan Yang Terutama, Vladimir Putin; Tuan Yang Terutama Gabenor-Jeneral Australi, Jeneral David Hurley AC DSC (B); Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping; Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Moon Jae-in; Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Md Abdul Hamid; Presiden Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Dr Arif Alvi; Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Ram Nath Kovind; Presiden Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka, Tuan Yang Terutama Gotobaya Rajapaksa; Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan; Presiden Federal Republik Austria, Tuan Yang Terutama Alexander Van der Bellen; Presiden Republik Bulgaria, Tuan Yang Terutama Rumen Radev; Presiden Ireland Tuan Yang Terutama Michael D Higgins; Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier; Presiden Republik Portugal, Tuan Yang Terutama Marcelo Rebelo de Sousa; Presiden The Swiss Federation Puan Yang Terutama Simonetta Sommaruga; Chairman of the Presidency of Bosnia and Herzegovina, Tuan Yang Terutama Zeljko Komsic; Presiden Republik Malta, Tuan Yang Terutama George Vella; Presiden Republik Kyrgyz, Tuan Yang Terutama Sooronbai Zheenbekov; Presiden Republik Slovak, Puan Yang Terutama Zuzana Caputova; Presiden Republik Tajikistan, Tuan Yang Terutama Emomali Rahmon; Presiden Ukraine, Tuan Yang Terutama, Volodymyr Zelenskyy; Presiden Republik Demokratik Rakyat Algeria, Tuan Yang Terutama Abdelmadjid Tebboune; Presiden Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Abdel Fattah Al Sisi; Presiden Republik Afrika Selatan, Tuan Yang Terutama Matamela Cyril Ramaphosa; Presiden Republik Cuba, Tuan Yang Terutama Miguel Diaz-Canel Bermudez.

KETUA-KETUA KERAJAAN:
Vice President and Prime Minister of the United Arab Emirates & Ruler of Dubai, His Highness Sheikh Mohammad bin Rashid Al Maktoum; Perdana Menteri Malaysia, Tuan Yang Terutama Tun Dr Mahathir Mohamad; Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen; Perdana Menteri Negara Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral Prayut Chan-o-cha; Perdana Menteri Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Mikhail Mishustin; Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe; Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina; dan Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Imran Khan.