BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan kerajaan serta rakyat Republik Rakyat China sempena memperingati ulang tahun penubuhan hubungan diplomatik ke-30 di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China.