Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perutusan tahniah kepada China dan Kanada

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah sempena Sambutan Ulang tahun Penubuhan Parti Komunis China ke-100 dan Hari Kanada.

    Dalam perutusan sempena penubuhan Parti Komunis China, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan juga rakyat serta kerajaan negara itu sempena ulang tahun itu.

    Manakala dalam perutusan sempena Hari Kanada, Baginda Sultan mengutuskan ucapan tahniah kepada Administrator of Government of Canada, TYT Richard Wagner P.C. dan Perdana Menteri Kanada, TYT Justin P.J. Trudeau dan kerajaan serta rakyat Kanada.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda