Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perutusan tahniah kepada India dan Australia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah sempena Hari Republik India dan Hari Australia.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Gabenor Jeneral Komanwel Australia, Tuan Yang Terutama Jeneral David John Hurley, AC DSC (B) dan Perdana Menteri Komanwel Australia, Tuan Yang Terutama Scott Morrison, dan kerajaan serta rakyat Australia bersempena Hari Australia.

    Sementara itu, Baginda Sultan berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Ram Nath Kovind, Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi dan kerajaan serta rakyat Republik India bersempena Hari Republik India.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda