BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron, kerajaan dan rakyat Perancis sempena Hari Bastille.
Dalam titah perutusan tahniah kepada Presiden Perancis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan bahawa kedua-dua buah negara terus menikmati perhubungan yang erat, disokong oleh kerjasama yang bernilai di antara rakyat kedua-dua buah negara dalam pelbagai bidang dan berharap akan dapat bekerjasama dengan Macron ke arah mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin pada tahun-tahun mendatang.
Baginda mengakhiri titah perutusan tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada Macron dan semoga bergembira menyambut perayaan tersebut.