Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perutusan tahniah kepada PM baharu Arab Saudi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Putera Mahkota dan Perdana Menteri kerajaan Arab Saudi, His Royal Highness Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri kerajaan Arab Saudi yang baharu.

    Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap His Royal Highness akan mencapai kejayaan dalam menyandang tugas yang baharu ini dan ingin mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama yang bermanfaat di antara kedua-dua buah negara serta rakyat sebagai rakan kongsi serantau dan antarabangsa.

    Mengakhiri perutusan tersebut, Baginda berdoa ke hadrat Allah SWT semoga His Royal Highness dan semua kerabat diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan kebahagiaan serta rakyat Arab Saudi akan sentiasa menikmati kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda