BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Mark Carney atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Kanada berikutan dengan kemenangannya dalam pilihan raya Kepimpinan Parti Liberal, baru-baru ini.
