BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Justin P.J. Trudeau berikutan pelantikannya semula sebagai Perdana Menteri Kanada. Di dalam titah perutusan tahniah tersebut, Baginda