BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Yoon Suk Yeol, kerajaan dan rakyat Republik Korea sempena dengan National Foundation Day negara tersebut.
Dalam perutusan berasingan, Baginda Sultan telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Federal Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier; Canselor Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Olaf Scholz, kerajaan dan rakyat Republik Persekutuan Jerman sempena dengan The Day of German Unity.
