Thursday, October 3, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perutusan tahniah kepada Republik Korea dan Jerman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Yoon Suk-yeol, kerajaan dan rakyat Republik Korea bersempena National Foundation Day negara tersebut.

    Dalam perutusan berasingan, Baginda Sultan turut berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Federal President, Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier dan Canselor, Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Olaf Scholz, kerajaan serta rakyat Republik Persekutuan Jerman bersempena dengan Day of German Unity.

    GAMBAR FAIL SERAHAN JABATAN PERDANA MENTERI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda