BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-50 Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Hari Kebangsaan Republik Demokratik Rakyat (PDR) Laos ke-46.
Sempena Hari Kebangsaan UAE, Baginda Sultan telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi, UAE, His Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan; dan Naib Presiden, Perdana Menteri, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan UAE, His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum serta kerajaan dan rakyat UAE.
Dalam perutusan berasingan, Baginda Sultan berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden PDR Laos, Tuan Yang Terutama Dr Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri PDR Laos, TYT Dr Phankham Viphavanh serta kerajaan dan rakyat PDR Laos.