BAITULMAQDIS, 1 Jan – Menteri Luar Palestin mengatakan perwakilan Palestin ke Washington dipanggil pulang buat sementara waktu untuk membincangkan hubungan masa hadapan bersama Amerika Syarikat.
Tindakan itu dibuat sejurus pengisytiharan Presiden Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, mencetuskan pergolakan dan menyebabkan rakyat Palestin untuk menolak Washington sebagai pengantara perdamaian di Timur Tengah, yang dipikulnya selama berdekad-dekad.
Menteri Luar Riad Malki mengatakan semalam mengenai rundingan itu akan diadakan bagi “membincangkan keputusan yang diperlukan bagi kepimpinan Palestin untuk tempoh akan datang terhadap hubungan negara itu dengan AS.” Beliau mengatakan perwakilan itu dijangka kembali ke ‘tempat kerja seperti biasa’ setelah perundingan selesai. – AP