Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perwakilan duta besar, pesuruhjaya tinggi lawat CAE

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Rombongan perwakilan duta-duta besar dan pesuruhjaya tinggi luar negara ke Brunei Darussalam, petang tadi, telah membuat lawatan ke Pusat Latihan Pelbagai Guna CAE (MPTC) di bawah undangan CAE Brunei MPTC dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Kanada.

    Kedatangan rombongan ahli-ahli misi diplomatik tersebut dialu-alukan oleh Pengurus Besar CAE Brunei MPTC, Awang Rozman Junaidi yang turut menyampaikan taklimat mengenai CAE Brunei MPTC.

    Awang Rozman menjelaskan, CAE Brunei MPTC ditubuhkan dengan mengetengahkan kemampuan latihan yang ditawarkan oleh CAE, sebuah syarikat latihan simulasi penerbangan dan bukan-penerbangan yang berpangkalan di Kanada.

    Para perwakilan duta-duta besar dan pesuruhjaya tinggi ke Brunei Darussalam bergambar ramai semasa melawat ke CAE Brunei MPTC.

    Latihan simulasi itu menyediakan perkhidmatan dalam latihan pengurusan bencana dan penjagaan kesihatan yang baru ditubuhkan pada September 2014. Dalam latihan bencana alam, simulasi mampu menghasilkan senario bencana untuk persediaan dan tindakan awal pengurusan jika berlakunya situasi yang sama.

    Selepas mendengarkan taklimat, rombongan juga berpeluang untuk mencuba latihan simulasi menerbangkan Helikopter S-92.

    Menurut Awang Rozman, latihan simulasi Helikopter S-92 mendapat respons yang baik daripada pelanggan luar negara dan juga digunakan oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd. CAE ditubuhkan pada 1947 dan mempunyai pelanggan dari lebih 190 buah negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda