Sunday, March 9, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    PERWIRA adakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh: Sim Y. H

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Sebagai salah satu kegiatan keagamaan di samping berpuasa di bulan Ramadan, Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim yang berlangsung di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Penasihat-penasihat PERWIRA, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit Bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Bin Haji Daud, Yang Dimuliakan Pehin Dato Padukaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari Bin Ahmad serta Yang Di-Pertua PERWIRA, Lt Kol (B) Ramli bin Abd Hadis.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, para mantan Pemerintah ABDB, para mantan Pegawai-pegawai Kanan ABDB serta Ahli-ahli PERWIRA.

    Majlis berkenaan dipimpin oleh Pegawai Ugama, Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Matnor.

    Suasana semasa majlis tahlil berkenaan.
    Sesi bergambar ramai antara yang hadir ke majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PERWIRA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda