Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gabungan Pertubuhan Veteran Negara-negara ASEAN (VECONAC) kali ke-6 yang diadakan di Hotel Ambarrukmo,
Yogyakarta, Indonesia, bermula 20 hingga 23 Julai.
PERWIRA diketuai oleh Yang Di-Pertua PERWIRA, Leftenan Kolonel (B) Awang Ramli bin Abdul Hadis.
Turut menganggotai rombongan ialah setiausaha agung, bendahari agung serta penasihat bisnes veteran dari Pusat Bisnes VECONAC PERWIRA, yang memainkan peranan penting dalam perbincangan ke arah memperkasa kebajikan dan ekonomi para veteran.
VECONAC berfungsi sebagai platform pen-ting dalam memperkukuhkan kerjasama serantau, khususnya dalam bidang sosioekonomi, bagi meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan para veteran di rantau ASEAN.
Penyertaan PERWIRA dalam persidangan tersebut membuktikan komitmen berterusan negara dalam menyokong aspirasi dan pembangunan komuniti veteran di peringkat antarabangsa.
