Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PERWIRA kibar bendera peringati ulang tahun VECONAC

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) tidak ketinggalan untuk mengibarkan bendera Pertubuhan Persatuan-persatuan Veteran Negara-negara Asia Tenggara (VECONAC) yang diadakan di tapak rasmi Persatuan PERWIRA, Anggerek Desa, kelmarin.

    Upacara pengibaran bendera berkenaan ialah bersempena memperingati hari ulang tahun penubuhan VECONAC ke-44.

    Majlis menaikkan bendera berkenaan telah diketuai oleh Timbalan Yang Di-Pertua PERWIRA, Mejar (B) Haji Karim bin Sapar dengan disertai seramai lebih 40 ahli PERWIRA yang sama-sama memeriahkan acara berkenaan.

    Atas & Bawah: Suasana semasa acara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PERWIRA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda