Friday, December 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PESAKA adakan majlis Doa Kesyukuran

    Oleh Hazman HM

    TUTONG, 16 OKT – Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Keriam hari ini telah mengadakan majlis doa kesyukuran bersempena dengan penubuhan tahun pertama Gerai Dataran Wawasan PESAKA.

    Menurut Pemangku Ketua Kampung Keriam, Awang Ahanapi bin Haji Mahadi selaku yang dipertua PESAKA dalam ucapan alu-aluannya menyatakan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama ahli-ahli penyelaras operasi gerai yang bertungkus lumus menjayakan projek tersebut.

    “Walaupun perjalanan operasi gerai amat mencabar pada ketika ini, namun Alhamdulillah ia terus dapat bertahan. Beberapa projek lagi akan dilaksanakan seperti pembinaan pondok gerai bagi sayur-sayuran dan juga gelanggang futsal di samping membangunkan dewan bagi keperluan masyarakat kampung,” jelasnya.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian dividen saham kepada 52 orang yang terdiri daripada penduduk kampung dan ahli-ahli PESAKA oleh Yang Di-Pertua PESAKA dan penyampaian warkah penghargaan khas kepada empat peniaga gerai tersebut oleh Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Mohd Taha bin Abdul Rauf.

    Terdapat 12 unit pondok gerai jualan makanan disediakan dan kesemuanya beroperasi dan masih terus menjalankan perniagaan mereka.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah penduduk-penduduk kampung dan ahli-ahli PESAKA.

    Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Mohd Taha ketika menyampaikan tanda penghargaan kepada salah seorang peniaga.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda