Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesakit COVID-19 maut terjun bangunan hospital

    KOTA KINABALU, 22 OKT – Seorang wanita berusia 63 tahun yang disahkan positif COVID-19 ditemui mati setelah dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, di sini malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata kejadian itu berlaku pada pukul 9:15 malam dan wanita warga tempatan itu dikatakan terjun menerusi tingkap daripada tingkat lapan bangunan hospital berkenaan.

    “Kita menerima laporan daripada pihak hospital pukul 9:30 malam. Siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lepas selepas disahkan positif COVID-19.

    “Selepas mendapatkan rawatan lanjut, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk dikeluarkan dari hospital berkenaan jari ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda