Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Satu kes yang disahkan positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia hari ini.
Beliau ialah seorang wanita berumur 55 tahun, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar memaklumkan semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini.
“Beliau telah mengalami beberapa masalah kesihatan dan tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan oleh COVID-19,” jelas beliau lagi.
“Sehubungan itu, kes meninggal dunia akibat COVID-19 di negara ini kekal sebanyak 57 kes.”
Di kesempatan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam me-ngucapkan takziah kepada keluarga kes berkenaan.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” tambah beliau.