Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Pesakit-pesakit COVID-19 yang sedang menjalani pengasingan diri di rumah tidak putus-putus mendapat perhatian dan sumbangan berupa catuan makanan daripada pihak-pihak tertentu.
Kelmarin, Majlis Perundingan Kampung Jerudong B yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B selaku Pengerusi MPK Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang mengadakan penyampaian sumbangan kepada 23 ahli keluarga di Kampung Jerudong yang sedang menjalani pengasingan diri di rumah.
Sumbangan berupa bantuan makanan harian itu diharap dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan ahli keluarga di kampung berkenaan yang dijangkiti wabak COVID-19.
