Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesakit demensia harus diberi peluang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Demensia merupakan satu keutamaan kesihatan awam dan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang dalam peringkat terakhir draf Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Warga Tua iaitu sebuah pelan tindakan pelbagai sektor yang mengintegrasikan komponen-komponen demensia serta penuaan berjaya menggunakan pendekatan senegara.

    Penuaan berjaya merujuk kepada warga tua atau emas yang aktif dan sihat serta pada masa yang sama, mampu untuk terlibat sama dan menyumbang kepada masyarakat.

    “Setiap orang tanpa mengira usia dan termasuk mereka yang mempunyai demensia harus mempunyai peluang untuk menyertai dan terlibat secara aktif dalam komuniti mereka bagi sebuah masyarakat inklusif.”

    Perkara itu disuarakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam rakaman ucapannya yang ditayangkan semasa Persidangan Rantau Asia-Pasifik Alzheimer’s Disease International 2023 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Dalam ucapannya itu lagi, Yang Berhormat Dato menyatakan salah satu bidang tindakan dalam rangka kerja berkenaan adalah untuk mempromosikan kesedaran dan kemesraan kepada demensia.

    YB Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan ucapannya melalui rakaman video yang ditayangkan semasa Persidangan Rantau Asia-Pasifik Alzheimer’s Disease International 2023 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda