Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pesakit maut, paramedik cedera parah kejadian ambulans terbakar

    HONOLULU, 25 OGOS – Seorang pesakit meninggal dunia dan seorang paramedik cedera parah apabila ambulans yang mereka naiki terbakar di luar sebuah hospital di Hawaii, kata pegawai kecemasan.

    “Sebuah ambulans telah terbakar pada malam ini namun kami tidak tahu puncanya, mungkin meletup, sebelum memasuki kawasan hospital,” kata pengarah perkhidmatan kecemasan, Dr Jim Ireland.

    Pesakit berusia 91 tahun dan pasukan paramedik berada di belakang ambulans ketika ia berhenti ke Adventist Castle Health di Kailua pada lewat Rabu.

    Seorang lagi juruteknik perubatan kecemasan yang memandu ambulans terselamat daripada kecederaan.

    “Semua paramedik, juruteknik perubatan kecemasan dan pemandu ambulans kai semuanya adalah ahli kakitangan kami dan kami anggap sebagai ahli keluarga, mereka menyelamatkan nyawa setiap hari, dan amat sukar untuk berada dalam situasi di mana pasukan kami ada cedera,” kata Ireland. Jabatan Bomba Honolulu sedang menyiasat punca kebakaran ambulans tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...