Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesakit meninggal dalam konvoi kecemasan – WHO

    GENEVA, 12 DIS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hari ini seorang pesakit telah meninggal dunia dalam konvoi kecemasan ketika dalam perjalanan ke hospital Kota Gaza, semasa pemeriksaan berulang kali oleh pihak Israel.

    Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada hujung minggu agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangasa Bersatu (PBB) dan rakan kongsinya telah berjaya menghantar bekalan trauma dan pembedahan yang penting ke hospital Al-Ahli dan memindahkan 19 pesakit kritikal.

    Namun, hari ini beliau memberikan lebih banyak butiran tentang misi berisiko tinggi itu, berkata di X, sebelum ini Twitter, bahawa WHO ‘sangat prihatin terhadap pemeriksaan berpanjangan dan penahanan pekerja kesihatan yang merisikokan nyawa pesakit yang kritikal’.

    “Disebabkan pemeriksaan itu, seorang pesakit maut dalam perjalanan, memandangkan keadaan luka mereka yang teruk dan kelewatan mendapatkan rawatan,” katanya.

    Tedros tidak menyatakan dalam mesejnya siapa yang melakukan pemeriksaan, tetapi jurucakap WHO memberitahu AFP ia berlaku di pusat pemeriksaan tentera Israel.

    Komennya dibuat ketika Israel meneruskan pengebomannya ke atas Gaza selepas mengatakan kempennya untuk memusnahkan Hamas telah meninggalkan kumpulan pejuang Islam Palestin di ‘ambang pembubaran’.

    Peperangan bermula dengan serangan Hamas pada 7 Oktober yang membunuh 1,200 orang, menurut angka Israel, dengan kira-kira 240 orang tebusan dihantar balik ke Gaza. – AFP

    Ghebreyesus (kiri) semasa bercakap pada mesyuarat di luar Perhimpunan Agung PBB di ibu pejabat PBB di New York City. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda