Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesakit selesema burung asyik keluar merokok

    10 tahunJAKARTA, 1 Februari 2007 – Lelaki Indonesia yang ditahan dalam bilik pengasingan di sebuah hospital kerana disyaki dijangkiti selesema burung kerap keluar dari bilik untuk merokok di ruang depan, menurut laporan setempat.

    Pesakit berusia 55 tahun itu, yang namanya tidak didedahkan, dilihat merayau di ruang depan Hospital Sardijito di Yogyajakarta, Wilayah Jawa Tengah, dan berbual dengan para pengunjung yang berada di kawasan tersebut kerana ketagihan merokok dan bilik pengasingannya terlalu panas, lapor akhbar Jakarta.

    Pesakit itu yang mula mengalami simptom selesema burung selepas menanam beberapa ekor ayam yang tiba-tiba mati di kampungnya, telah dilaporkan menipu kakitangan hospital dengan mendakwa dia pergi ke bilik air.

    “Sungguh panas dalam bilik itu,” kata lelaki itu ketika berdiri di ruang depan hospital. Kakitangan hospital dilaporkan panik selepas melihat pesakit itu dan segera membawanya kembali ke bilik pengasingan.

    Indonesia telah mencatatkan 63 kematian manusia akibat selesema avian H5N1, paling banyak di dunia, termasuklah enam kes bulan ini.

    Kebanyakan mangsa selesema burung di seluruh dunia telah bersentuhan secara langsung dan tidak langsung dengan ayam yang sakit, tetapi saintis bimbang virus itu boleh berubah menjadi bentuk yang mudah berjangkit dalam kalangan manusia, mencetuskan wabak seluruh dunia yang boleh membunuh berjuta-juta orang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda