Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Seorang pesalah yang terlibat dalam rompakan berkumpulan berjaya dalam rayuannya untuk mendapatkan pengurangan hukuman daripada dua tahun penjara dan 12 sebatan kepada hanya tiga bulan penjara.
Pengiran Zamani bin Pengiran Metasan terdahulu didapati bersalah oleh Mahkamah Perantaraan pada April 2017 ke-rana melakukan rompakan berkumpulan ke atas sebuah van yang membawa silinder gas di kawasan Kampung Perpindahan Lambak Kanan, pada Julai 2015.
Dua rakan sejenayahnya bagaimanapun hanya mengaku bersalah pada tuduhan menahan mangsa yang dirompak dan telah dijatuhi hukuman ringan.
Untuk tuduhan rompakan berkumpulan, kedua-dua rakan sejenayahnya mengaku tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut.
Hakim John Barry Mortimer, Hakim Seagroatt dan Hakim Burrell menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pihak pendakwaan membawa pesalah ke pengadilan bagi tuduhan rompakan berkumpulan sedang-kan dua rakan sejenayahnya dibebaskan daripada tuduhan tersebut.
Pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan salinan rekod keterangan yang ditandata-ngani oleh dua rakan sejenayahnya untuk diteliti oleh hakim dan Pengiran Zamani serta rekod kesalahan lampau Pengiran Zamani.
Selepas mempertimbangkan kesemua fakta, ketiga-tiga hakim memutuskan untuk mensabitkan Pengiran Zamani dengan meminda tuduhan rompakan berkumpulan kepada kesalahan menahan mangsa dan hukumannya disemak semula kepada tiga bulan penjara sahaja.