Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Seorang lelaki yang melakukan pelbagai kesalahan, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin.
Terdahulu, Noraluidin bin Nordin, 22, didakwa atas 14 tuduhan membabitkan curi kereta, curi plat pendaftaran, memalsukan plat pendaftaran kereta, menipu atendan stesen minyak, memandu secara berbahaya dan melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan.
Pemangku Ketua Majistret, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan 21 Ogos 2018 untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo.