Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesan Tun M jadi azimat Faizal Tahir

    Penyanyi Malaysia, Faizal Tahir mendedahkan hasil pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 Disember tahun lalu membuka mata kepada dirinya mempelajari perkara baharu yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian.

    Menurut Harian Metro, Faizal berkata, antara nasihat yang masih berbekas di hati adalah tidak terlalu mengharapkan pertolongan dan jangan menyalahkan orang lain apabila melihat mereka lebih berjaya.

    “Apa yang boleh saya simpulkan daripada hasil pertemuan hingga membuatkan saya tersedar adalah kita sering fokus dan menyalahkan orang lain sedangkan usaha kita untuk berjaya itu masih kurang.

    “Selain itu, kita perlu kurangkan mengharap pertolongan orang lain serta jangan menyalahkan individu atau bangsa lain sebab mereka berjaya, sebaliknya salahkan diri sendiri sebab tidak mahu menggandakan usaha,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Jati Diri.

    Menurut Faizal, dia bakal memuat naik video temu bual bersama tokoh politik itu di YouTube Faizal Tahir pada 7 Februari ini.

    “Saya akan kongsikan hasil temu bual bersama Tun sekitar 15 minit di YouTube saya pada 7 Februari ini.

    “Malah saya juga ada muatkan rangkuman temu bual saya bersama beliau sekitar seminit di dalam album Jati Diri yang akan dilancarkan secara digital,” katanya. – Agensi

    Pertemuan Faizal bersama Tun M membuka matanya untuk mempelajari perkara baharu. – Kosmo
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda