KUALA LUMPUR – Berbekalkan pengalaman lebih tiga dekad dalam bidang seni reka dan seni lukis, seorang pesara Istana Budaya menjadikan sebuah rumah Melayu tradisional berusia 62 tahun sebagai ‘kanvas hidup’ untuk mengekalkan warisan seni bina Melayu, khususnya dari Pahang. Terletak di Kampung Tampin, Benta, Lipis, Pahang, rumah kayu ini cukup istimewa buat Badrul Zaman Abdul

