Saturday, October 5, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesara Malaysia berbasikal lebih 15,000km ke Beijing

    BANGKOK, 5 JULAI – Dua pesara Malaysia telah memulakan kembara berbasikal menuju Dataran Tiananmen di Beijing sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang terjalin sejak 31 Mei 1974.

    Teng Choon Kwang, 73, dari Shah Alam dan rakannya Tiong Ting Ming, 72, dari Manjung, Perak memulakan perjalanan sejauh lebih 15,000 kilometer pada 30 Jun dari Bentong, Pahang.

    Teng berkata hubungan diplomatik Malaysia-China selama 50 tahun merupakan satu pencapaian hebat, dengan pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi sebelum mencapai kemuncaknya tahun ini.

    “Terdapat banyak cara untuk memperingati hari bersejarah ini seperti komuniti Cina Malaysia mengadakan jamuan makan malam dengan menjemput pegawai-pegawai China dan ada yang menganjurkan seminar atau ceramah, tetapi kami memilih untuk berbasikal kerana ia melambangkan liku-liku hubungan diplomatik (Malaysia-China).

    “Ia akan menjadi paling mencabar dan menggambarkan bagaimana kedua-dua negara mengatasi kesulitan sebelum mencapai hubungan yang luar biasa selama 50 tahun,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata matlamat mereka adalah untuk tiba di Beijing pada 30 September, menjelang sambutan Hari Kebangsaan China yang ke-75 pada 1 Oktober.

    “Buat sementara waktu, kami akan berjumpa dengan Kedutaan Malaysia di China sebelum mereka mengiringi kami ke Dataran Tiananmen,” katanya.

    Teng berkata beliau dan Tiong adalah penggemar aktiviti berbasikal dan sering mengembara melintasi sempadan dengan hanya menginjak pedal. – Bernama

    Gambar Freepik

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda